KEHADIRAN Neymar ke acara pertunjukan fesyen di Jerman ternyata tidak disenangi pihak pengurusan kelabnya. Menurut sumber dalaman Paris Saint-German (PSG), Neymar sepatutunya fokus menjelang perlawanan penting yang akan berlangsung tidak lama lagi. Pihak pengurusan dikatakan menyampah dengan sikap Neymar yang lebih mementingkan populariti berbanding kerjaya utamanya. Lebih teruk, Neymar juga masih belum pulih sepenuhnya selepas mengalami kecederaan baru-baru ini. Ujar mereka lagi, Neymar tanpa rasa bersalah dilihat bergembira dalam acara fesyen Peek & Cloppenburg itu bersama tetamu-tetamu lain. - En.As.Com.