suria

Guardiola kekal kendali City meskipun gagal rayuan penggantungan UEFA

Pep Guardiola.

PEP Guardiola masih pengurus Manchester City musim depan meskipun kelab itu gagal dalam rayuan untuk menyertai kejohanan Eropah.

City akan mengemukakan rayuan penggantungan itu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) secepat mungkin.

Difahamkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mahu mempercepatkan proses itu supaya penggantungan tersebut dikuatkuasakan segera musim depan.

Tindakan itu sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa Guardiola akan meninggalkan Etihad.

Namun Guardiola menyuarakan kesetiaannya terhadap City selepas keputusan UEFA itu diumumkan.

Ini bermaksud Guardiola tidak akan menguruskan sebuah pasukan elite bertanding di peringkat Eropah buat pertama kali dalam kariernya.

City bagaimanapun yakin mereka akan menang dalam rayuan tersebut. -  Mirror.co.uk

Manchester City, UEFA, Pep Guardiola

Artikel Lain