suria

Neville gelar Raiola sebagai ‘lintah’

Raiola (kanan) turut lancar perang psikologi kepada Neville di media sosial.

LEGENDA Manchester United Gary Neville membidas Mino Raiola di Twitter.

Ejen kepada Paul Pogba itu dilabelkan sebagai 'lintah' oleh Neville ketika dia menyambut hari lahirnya yang ke-45.

Bekas hero United itu ternyata tidak bersetuju dengan tindakan Raiola menguruskan Pogba dan kelab.Ejen dari Itali, 52, menjadi tumpuan media sejak minggu lalu berhubung dengan pelanggannya (Pogba) di Old Trafford.

ARTIKEL BERKAITAN: Raiola bidas komen pengurus United, “Harap Solskjaer tidak cadang Paul adalah banduannya”

Sebelum laporan tersebar bahawa Pogba berharap dapat meninggalkan United dan wakilnya (Raiola) akan menguruskan perpindahnnya menjelang musim baharu nanti.

Namun ternyata United dan Neville tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan Raiola itu.

'Perang' media sosial antara Neville dan Raiola.

Neville menganggap tindakan Raiola yang mengkritik pengurus Ole Gunnar Solskjaer itu memalukan kelab apabila selalu bercakap mengenai masa depan Pogba.

Susulan itu Raiola memberitahu The Times:"Gary Neville boleh pergi 'rosakkan' diri sendiri. Dia tidak pernah sukses dalam tugasnya di luar selain menjadi pemain hebat bola sepak hebat.

"Jika dia bagus dalam bisnesnya, kenapa Salford City tidak berada dalam Liga Perdana?," tulis Raiola di Twitternya.

Namun Neville tidak mengambil masa panjang untuk membalas Twitter itu: "Ucapan hari lahir paling menarik yang adalah dari lintah!"

Sementara itu, United hanya akan menjual Pogba sekiranya ada kelab yang dapat memenuhi permintaan lebih kurang 80 juta paun.

Pogba memgidam untuk ke Real Madrid dan dalam masa sama mahu kembali ke kelab lamanya, Juventus. -DailyStar

Artikel Berikut

Artikel Lain