BEKAS pemain Arsenal, Tyrell Robinson dipecat kelab beraksi dalam Liga Dua, Bradford selepas didakwa terlibat dengan aktiviti seksual dengan seorang kanak-kanak. Pemain sayap berusia 22 tahun itu pada mulanya ditahan pada Ogos 2018 atas pertuduhan melakukan serangan seksual. Terdahulu Robinson digantung kelab itu susulan penahanannya. Dan kini Bradford memutuskan untuk menamatkan kontraknya. "Tyrell Robinson, 22, didakwa melakukan aktiviti seksual dengan seorang kanak-kanak. "Tuduhan itu berkaitan dengan kesalahan yang didakwa telah berlaku di Bradford pada Ogos 2018," kata polis West Yorkshire dalam satu kenyataan. Robinson tidak beraksi memperkuat Bradford sejak 2018 selepas kelab itu menggantungnya susulan dakwaan tersebut. - Dailystar.co.uk