suria

Aksi gol Ighalo seperti 'Fifa Street', samai rekod Lukaku ketika di Old Trafford

Ighalo (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang LASK yang berkesudahan Manchester United menang 5-0. Foto: REUTERS

DALAM tiga perlawanan yang diturunkan sebagai kesebelasan utama, Odion Ighalo berjaya gol dalam setiap perlawanan tersebut, termasuk gol aksi seperti dalam video permainan Fifa Street ketika menentang LASK pada awal pagi Jumaat.

Pemain Nigeria itu diturunkan dalam kesebelasan utama ketika saingan pusingan 16 Piala Europa yang menyaksikan Manchester United menang 5-0 di Stadium Linzer.

Penyerang sensasi ini sekali lagi membalas kepercayaan Ole Gunnar Solskjaer dengan menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-28.

Ighalo yang menerima hantaran daripada Bruno Fernandes dilihat beberapa kali menimbang bola sebelum melepaskan rembatan menggunakan kaki kiri membolosi gawang yang dikawal Alexander Schlager.

Berjaya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan yang diturunkan, Ighalo kini menyamai rekod yang sebelum ini pernah dilakukan oleh Romelu Lukaku ketika beraksi buat  United.

Selain Ighalo, turut mencetak nama sebagai penjaring gol ialah Daniel James, Juan Mata, Mason Greenwood dan Andreas Pereira.

Dengan kemenangan besar ini, United dilihat selesa untuk menghadapi aksi timbal balik di Old Trafford yang dijadualkan pada 19 Mac ini. - Goal.com

Ighalo, LASK, Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain