PENGURUS Arsenal Mikel Arteta disahkan positif koronavirus (Covid-19). The Gunners telah menutup padang latihan kelab itu dan kakitangannya yang ada kontak rapat dengan Arteta kini dikuarantin. "Ini amat mengecewakan tetapi saya menjalani pemeriksaan selepas tidak sihat. Saya akan kembali bekerja secepat yang mungkin," kata Arteta dalam satu kenyataan. Arsenal percaya sebilangan besar individu termasuk kakitangan pasukan utama dan juga jurulatih akan dikuarantin dan Akademi Hale End akan ditutup buat sementara waktu. Ketua bola sepak Arsenal, Raul Sanllehi berkata:"Mikel dan skuad utama, pemain dan kakitangan akan disokong sepenuhnya. Kami akan kembali berlatih dan beraksi secepat yang mungkin." "Sudah tentu keutamaan kami adalah Mikel pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu." Pada Rabu perlawanan membabitkan Arsenal menentang Manchester City ditunda kerana penularan wabak berbahaya itu. The Gunners dijadualkan bertemu Brighton pada Sabtu tetapi nampaknya perlawanan itu besar kemungkinan akan ditunda. - Metro.co.uk