JUVENTUS mengesahkan pemain pertahanannya Daniele Rugani diuji positif wabak koronavirus atau Covid-19. Kelab Serie A itu menjelaskan pihaknya akan melaksanakan prosedur yang berkaitan dengan isolasi. Setiap orang yang berhubung dengan pemain berusia 25 tahun itu secara langsung turut akan menjalani pemeriksaan. Rugani menjadi pemain bintang dari kelab teratas pertama diuji positif wabak ini. Tambah Juventus, Rugani tidak beraksi ketika aksi kemenangan 2-0 ke atas Inter Milan minggu lalu. Berikutan berita mengejutkan itu juga, Inter Milan mendedahkan telah menggantung semua aktiviti buat sementara waktu. Juventus dan Inter Milan dilaporkan ada menjalani latihan pada Rabu, dan laporan Football Italia melaporkan kedua-dua pasukan kini dikuanrantin berikutan berita tersebut. -Dailymail.co.uk