suria

Covid-19: Pesawat tak dibenarkan mendarat di Sepanyol, perlawanan Roma menentang Sevilla batal

Saingan antara Roma menentang Sevilla pada Liga Juara-Juara Eropah pada Khamis dibatalkan. Foto: Getty

ROMA tidak akan bermain menentang Sevilla pada Liga Juara-Juara Eropah pada Khamis kerana pesawat dari Itali tidak dibenarkan mendarat di Sepanyol.

Pada permulaannya, saingan di peringkat 16 terbaik itu dijadualkan dilangsungkan secara tertutup tanpa kehadiran penonton kerana penularan Covid-19.

Saingan Serie A, beserta semua sukan di Itali, kini digantung sehingga 3 April.

Di Sepanyol, saingan La Liga akan dimainkan tanpa kehadiran penonton sehingga 15 April.

Itali mencatatkan jumlah kes Covid-19 paling tertinggi di Eropah, dengan bilangan kes yang disahkan mencecah 10,000 setakat ini.

Negara itu juga mengumumkan arahan kuarantin terhadap 16 juta rakyatnya dalam usaha mengekang penularan wabak berkenaan.

Perdana Menteri Giuseppe Conte juga mengumumkan penutupan sekolah, gimnasium, muzium, kelab malam dan tempat-tempat lain di seluruh negara.

Langkah yang disifatkan paling radikal diambil di negara luar China, akan berlanjutan sehingga 3 April. - BBC

Roma, Sevilla, pesawat, Sepanyol

Artikel Lain