PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata temasya Olimpik di Tokyo akan dilangsungkan pada Julai sebagaimana yang dirancang. "Kami akan menangani penularan jangkitan itu (Covid-19) dan menganjurkan Sukan Olimpik tanpa masalah, seperti yang dirancang," kata Abe. Abe bagaimanapun menambah, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan memuktamadkan keputusan akhir sama ada temasya itu akan diteruskan atau sebaliknya. Penularan wabak koronavirus atau Covid-19 menimbulkan kebimbangan ramai susulan peningkatan kes dilaporkan saban hari, yang mengakibatkan banyak negara menangguhkan acara sukan. Jepun mencatatkan lebih daripada 1,400 kes dan 28 kematian akibat wabak tersebut. - BBC.Com