JURULATIH muda Francisco Farcia meninggal dunia kerana dijangkiti covid-19.Fracia, 21, merupakan jurulatih skuad remaja Malaga berpengkalan di Atletico Portada Alta. Lebih menyedihkan ketika mendapatkan rawatan Covid-19, Farcia turut diberitahu mempunyai penyakit leukimia. Dia meninggal dunia pada Ahad lalu yang menjadikan mangsa paling muda maut akibat Covid-19. "Dari Atletico Portada Alta, kami ingin meluahkan rasa sedih kepada keluarga dan kawan-kawan di atas kehilangan jurulatih Francisco Garcia yang meninggalkan kita hari ini. "Apa yang akan kami buat tanpa anda, Francis? Anda sentiasa berada bersama kami di Portada atau bila sahaja kami perlukan anda, tolong. Bagaimana kami ingin menguasai liga? Kami tidak tahu bagaimana, tetapi yang pasti, kami akan lakukan untuk anda. Kami tidak akan melupakan kamu." Sejak Sabtu lalu, seramai 309 orang meninggal dunia akibat Covid-19 di Sepanyol. -epsn.co.uk