LEGENDA bola sepak England, Alan Shearer berpendapat adalah tidak adil jika Liverpool dimahkotakan kejuaraan EPL (Liga Perdana Inggeris) sekiranya liga tersebut dibatalkan berikutan penularan wabak Covid-19. Sehingga kini semua perlawanan bola sepak di England ditangguh sehingga 4 Mac 2020 disebabkan beberapa pemain dan staf kejurulatihan telah disahkan positif wabak koronavirus. Pasukan bimbingan Jurgen Klopp hanya memerlukan dua kemenangan lagi sebelum disahkan sebagai juara mutlak musim ini. "Sudah pasti membatalkan saingan EPL pada musim ini merupakan jalan penyelesaian terakhir yang akan dilakukan. "Setiap sudut perlu diambil kira sebelum membuat sesuatu keputusan. Terlalu banyak cadangan dan pandangan yang disuarakan tetapi kita masih belum membuat kata putus. "Sesuatu keputusan yang mengejutkan ramai pihak sekiranya saingan liga dibatalkan dan semestinya tiada pemenang dan tiada yang tewas," ujar bekas penyerang Newcastle tersebut. "Saya merasakan sangat tidak adil untuk memberikan Liverpool kejuaraan liga meskipun secara logiknya tiada pasukan lain yang mampu mengejar kutipan mata mereka. Penyokong Liverpool menantikan kejuaran liga sejak 1990 untuk muncul sebagai juara. Foto: Metro.co.uk "Jika saingan belum tamat, sudah tentu tiada kejuaraan dan penyingkiran," tambahnya lagi. Legenda Liverpool, Kenny Dalglish pula berpendapat bahawa pembatalan saingan liga adalah sangat 'tidak masuk akal'. Sementara itu, tindakan jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp mendapat pujian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sebelum ini, Klopp mengeluarkan sebuah kenyataan iaitu peminat bola sepak tidak perlu terlalu taksub akan bola sepak tetapi perlu memikirkan kesihatan diri terlebih dahulu. Sehingga kini, pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi yang berusia 17 tahun dan jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, 37 telah disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani proses isolasi. - Metro.co.uk