PENGURUS Real Madrid Zinedine Zidane enggan lagi ‘menyimpan’ Gareth Bale untuk musim seterusnya. Biarpun Bale masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun, dilaporkan kelab di Bernabeu itu kini bersedia untuk melepaskan pemain itu. Bintang Welsh itu gagal menggantikan posisi yang ditinggal Cristiano Ronaldo sejak 2018, malah dia hampir berpindah ke China tahun lalu. Bale juga gagal merakam sebarang gol liga sejak September lalu dan hanya beraksi untuk tiga perlawanan tahun ini. Bagi Zidane, dia sudah memberi peluang untuk pemain itu, namun gagal digunakan sebaik mungkin oleh Bale. Madrid juga dilaporkan tidak sanggup lagi untuk menyimpan Bale berikutan gajinya yang agak tinggi 15.4 juta paun. Sementara itu, ejen pemain itu, Jonathan Barnett menjelaskan pemain itu menjalani kehidupan gembira di Sepanyol dan enggan mengubah angin.-Dailymail.co.uk