BEKAS pemain Drogheda United Lee Duffy berharap semua orang mengambil serius mengenai penularan wabak Covid-19. Duffy yang berdepan dengan pengalaman ngeri ini apabila disahkan positif Covid-19 memberitahu dia terpaksa tinggal di hospital selama lapan hari dengan bantuan pernafasan. “Ada sesetegah yang tahu ada yang tidak tahu, saya diuji positif Covid-19 dua minggu lalu. “Saya meghabiskan lapan hari di hospital dengan bantuan oksigen dan tidak dapat bernafas dengan sendiri. Takut... kerana tidak tahu apa yang akan berlaku. “Namun rasa bertuah kerana dapat mengharunginya dan makin berasa baik sekarang. “Nasihat saya kepada semua supaya jangan ambil ringan (Covid-19), ia sangat serius,” tulisnya di laman Twitter. Liga Ireland kini ditangguhkan sehingga 4 April. Sehingga kini, lebih 1,000 kes Covid-19 di Ireland dengan empat kematian. Kerajaan Ireland juga mengambil langkah Kawalan Pergerakan dengan menasihati rakyatnya bekerja dari rumah dan mengamalkan ‘social distancing’ dua meter. - dailymail.co.uk