CRISTIANO Ronaldo dikecam kerana melanggar proses kuarantin Juventus berikutan wabak Covid-19, dan pulang ke kampung halaman untuk 'mengambil gambar di kolam renang'. Bintang Juventus itu pulang ke kampung halamannya di Madeira pada awal bulan selepas ibunya mengalami strok. Keadaan itu menyebabkan beliau memutuskan untuk berada di sana, berikutan Covid-19 merebak ke seluruh dunia. Walaupun musim Serie A ditangguhkan, Ronaldo berada di vila mewah yang menghadap Lautan Atlantik. Malah, beliau berkongsi pengalamannya berada di sana menerusi media sosial. Minggu ini, Ronaldo bergambar bersama ahli keluarganya di gim, manakala teman wanitanya Georgina Rodriguez juga dikatakan mengemaskini laman sosialnya dari vila berkenaan. Bekas presiden Juventus, Giovanni Cobolli Gigli, bagaimanapun tidak gembira dengan tindakan bintang kelab itu, termasuk gambar-gambar yang dimuat naik pemain itu ketika krisis Covid-19 yang melanda seluruh dunia. telah posting semasa krisis global. "Keadaan di Juventus menjadi rumit apabila Cristiano Ronaldo pergi. Ronaldo beritahu dia pulang ke Portugal kerana ibunya, tetapi sekarang dia hanya dilihat mengambil gambar di kolam renang," katanya kepada Radio Punto Nuovo. - Mail Online