suria

Chelsea beri kebenaran Willian pulang ke Brazil

Willian pulang ke Brazil untuk bertemu keluarganya.

PEMAIN Chelsea, Willian dibenarkan pulang ke Brazil untuk bertemu keluarganya.

Ahli keluarga pemain berusia 31 tahun itu tidak dibenarkan kembali ke London berikutan undang-undang yang dikenakan oleh Brazil susulan penularan Covid-19.

Kini, bekas pemain Shakhtar Donetsk itu dapat berjumpa semula isteri dan anaknya selepas pulang daripada Stamford Bridge.

Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditunda sehingga 30 April dengan semua kelab tidak dibenarkan untuk mengadakan sesi latihan dalam tempoh tersebut.

Sebelum ini, pemain muda Chelsea Callum Hudson-Odoi yang disahkan positif Covid-19 kini beransur pulih selepas diberitahu oleh pihak pengurusan.

"Kami ingin memberitahu bahawa Hudson-Odoi kini semakin pulih daripada Covid-19 dan sedang menjalani tempoh pengasingan yang diarahkan.

"Pemain sayap itu juga sudah kembali melakukan latihan ringan di rumahnya seperti yang dilakukan oleh pemain lain untuk mengekalkan kecergasan badan mereka," ujar Chelsea menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan. - FourFourTwo

Willian, Brazil, London, Chelsea

Artikel Lain