BINTANG kelab Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dikecam kerana tidak mengambil isu Covid-19 secara serius dan mengikari garis panduan penjarakan sosial (social distancing). Pemain kelahiran Brazil dikritik berhubung foto yang dimuat naiknya di laman Instagram, menunjukkan dirinya sedang berehat di gelanggang bola tampar. Foto berkenaan dirakamkan selepas Neymar bermain bersama anak lelakinya, Davi Lucca yang berusia lapan tahun, dan empat rakannya. Neymar dikatakan tidak mematuhi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai penjarakan sosial. Beliau turut melanggar perintah pihak berkuasa untuk menjalani kuarantin. Seorang jurucakap menjawab kritikan tersebut dengan menjelaskan bahawa individu lain merupakan kumpulan yang menjalani kuarantin bersamanya. Ini termasuk mereka yang tinggal bersama dan mengembara dari Paris ke Brazil. "Neymar menawarkan kediamannya kepada kesemua mereka, maka mereka dapat menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum bertemu dengan keluarga masing-masing. - Daily Star