PEMAIN bola sepak Argentina mengajak semua pemain bola sepak untuk menderma gaji masing-masing untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik dalam menghadapi wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini. Tevez yang kini berada dalam kontrak terakhir bersama Boca Junior mendedahkan pemain-pemain top mempunyai kewangan yang kukuh untuk berdepan dengan situasi sukar ini. “Pemain bola sepak boleh hidup selama enam bulan tanpa menerima gaji. “Kita perlu bersyukur kerana berada dalam keadaan baik dan selamat. Dan perlu meletakkan diri kita untuk orang lain (bantu). ”Tevez yang pernah beraksi untuk kedua-dua kelab Manchester, Corinthians, West Ham dan Juventus berharap pandemik koronavirus ini mampu mengubah sikap manusia. “Ketika saat ini amat penting untuk kita semua berganding bahu dan cuba membantu orang yang memerlukannya. “Saya harap seluruh dunia aka nada lebih solidariti. Kita kini sedar bahawa kita semua dalah sama. Ia telah menyerang kita semua dalam bentuk yang sama. “Saya harap kita semua akan berganding sebagai sebuah masyarakat dan berharap esok seluruh dunia akan berubah menjadi lebih baik. Virus ini telah mengajar kita jadi begitu. Saya berharap sangat agar kita dapat hadapi bersama.” Tevez berkongsi pandangan tersebut apabila kelab-kelab terkemuka Inggeris yang mempunyai ramai pekerja tetapi gagal untuk melaksanakan pengorbanan gaji pemain jutawan mereka. – Eurosport