suria

Amir Khan dakwa Covid-19 diguna untuk uji rangkaian 5G - “Mungkin juga untuk kawal populasi”

Amir Khan (kiri) mendakwa Covid-19 digunakan untuk menguji teknologi 5G.

BEKAS juara tinju light-welterweight, Amir Khan mendakwa Covid-19 merupakan satu uji kaji berkenaan teknologi 5G.

Dia turut menepis teori kononnya virus itu bermula di sebuah pasar di Wuhan, China.

Kata Amir, dia percaya covid-19 digunakan untuk memastikan populasi dunia duduk di dalam rumah masing-masing sementara teknologi 5G diuji.

Dia berkata demikian menerusi Instagram kepada 1.3 juta pengikutnya.

"Saya tak rasa dia datang dari China. Itu satu penipuan.

"Orang kata makan kelawar dan ular dan racunnya bercampur.

"Ini benda mengarut. Kamu percaya? Saya tidak," ujar atlet berusia 33 tahun itu.

Kata Amir lagi, dia percaya Covid-19 merupakan ciptaan manusia.

"Ia sengaja diwujudkan sementara mereka uji 5G. Mungkin juga untuk kawal populasi," ujarnya lagi.

Dia turut mempersoalkan individu yang menjadi dalang kepada penyebaran virus itu dan berharap tiada perang akan berlaku. - Daily Star.

Amir Khan. Covid, 5G

Artikel Lain