PEMAIN sensasi, Cristiano Ronaldo diberi amaran selepas foto dia berlatih di sebuah stadium tersebar.
Seolah-olah tidak menghiraukan perintah berkurung, tindakan Ronaldo disifatkan tidak beretika sewaktu dunia sedang berhadapan Covid-19.
Kata Setiausaha Kesihatan Serantau Madeira di Portugal, Pedro Ramos, Ronaldo tidak mempunyai apa-apa pengecualian dan harus patuh kepada arahan pihak berkuasa.
"Dia tiada kebenaran khas untuk berlatih.
"Dia perlu hormati undang-undang seperti rakyat yang lain," ujarnya.
Tambah Pedro, Ronaldo sepatutnya menggunakan pengaruh yang dimiliki untuk memberi contoh baik kepada orang ramai. - Metro.UK.