suria

Hazard akui gagal kawal makan roti sepanjang tempoh 'lockdown'

Hazard akui sukar untuk melawan 'nafsu' makan sepanjang berada di rumah.

EDEN Hazard mendedahkan dia berdepan dengan tabiat makan yang banyak sepanjang tempoh ‘lockdown’ berikutan penularan wabak Covid-19.

Majoriti liga bola sepak kini menggantung aksi bagi mengurangkan jangkitan pandemik Covid-19 yang kini dihadapi seluruh dunia.

“Sangat sukar buat saya.  Saya cuba untuk tidak makan banyak. Saya cuba untuk tidak pergi ke pantri untuk makan roti… tetapi ia sukar,” jelasnya kepada RTBF.

Hazard yang kini dalam proses pemulihan susulan kecederaan buku lali di rumahnya.

“Saya bekerja dengan fisio secara online. Dia tidak boleh datang ke sini. Kami bermula 10 hari lalu , dan dia ada menghantar video kepada saya.

“Saya menjalani pemulihan kekuatan dan teruskan apa yang boleh dibuat dari rumah.” - Onefootball

Eden Hazard, Roti, Rumah

Artikel Lain