suria

Neymar beri restu ibu bercinta dengan pemuda berusia 22 tahun

Ibu Neymar, mendedahkan sedang bercinta dengan pemain sukan elektronik Brazil berusia 22 tahun.

IBU kepada bintang bola sepak dunia Neymar mendedahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan pemuda berusia 22 tahun.

Nadine Goncalves,52, secara terbuka mengakui mempunyai hubungan dengan Tiago Ramos.

Biarpun Ramos jauh lebih muda daripada Neymar, penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu merestui hubungan ibunya.

Neymar bersama ibunya.

Neymar memuat naik status di laman sosialnya dengan menulis ‘Be Happy Mom, Love You.

Ramos yang juga kawan kepada Neymar merupakan seorang model dan bintang sukan elektronik Brazil yang beraksi dalam Liga NFA.

Goncalves berpisah dengan bapa Neymar pada 2016 selepas 25 tahun hidup berkahwin. – dailystar.co.uk

Neymar, Ibu, Ramos, Goncalves

Artikel Lain