PEMAIN Wales dan Juventus Aaron Ramsey mengakui bimbang mengenai berat badannya sepanjang tempoh ‘lockdown’ berikutan penularan Covid-19. Pemain tengah berusia 29 tahun itu kini berada di Itali bersama keluarganya selepas perintah lockdown sehingga Mei ini bagi mengurangkan pertambahan wabak Covid-19 ini. Dengan penangguhan Serie A itu, timbul perasaan bimbang buat Ramsey memandangkan dia seorang yang suka makan, malah isterinya pula gemar memasak. “Ia tidak sama jika anda menjalani latihan atau dalam tempoh beraksi kerana tidak perlu bimbang dengan kenaikan berat badan. “Ia sangat sukar kerana isteri saya suka memasak dan saya suka makan, jadi ia bukan kombinasi yang baik. “Saya mempunyai semua jenis biskut kanak-kanak dan saya akan makan sambil minum teh! “Saya berharap supaya situasi ini akan kembali pulih seperti biasa kerana ianya sangat sukar,” ujarnya. Sebelum penangguhan Serie A, Ramsey antara pemain yang berada dalam prestasi terbaik dan turut merakam dua jaringan gol. Dalam pada itu, Ramsey turut menjalankan tanggungjawabnya menghulurkan derma kepada dua badan kebajikan barisan hadapan di Wales sebanyak 10,000 paun setiap satu. -Dailymail.co.uk