JURUGAMBAR sukan berpengalaman untuk The New York Post, Anthony Causi meninggal dunia akibat Covid-19 pada Ahad lalu. Causi, 48, berkhidmat selama 25 tahun bersama akhbar tersebut. Akbar tersebut melaporkan berita kematian Causi di laman web mereka pada malam Ahad. Gambar Causi memegang lensa panjang dengan kapsyen "Our Eyes, Our Heart" turut diisi di bahagian belakang akhbar tersebut. Causi meninggalkan seorang balu dan dua anak yang masih kecil. Causi bersama isteri dan dua anaknya. Ramai pasukan dan pemain besbol profesional di New York memberikan ucapan takziah kepadanya di Twitter. "Jurugambar yang hebat. Sedih di atas pemergiannya," tweet pemain besbol Texas Rangers, Todd Frazier. "Sukan besbol New York takkan sama tanpanya di lorong foto," kata bekas pemain besbol Yankees, Curtis Granderson. Causi dilahirkan dan dibesarkan di Brooklyn dan merupakan graduan dari Univerisiti Pace. - si.com