suria

Barcelona ketepikan rancangan bawa masuk Neymar

Neymar tiada dalam senarai perancangan Barcelona musim baharu ini.

BARCELONA dilaporkan tidak akan mengikat Neymar musim baharu akan datang.

Ia berikutan penularan wabak Covid-19 yang kini melanda hampir seluruh dunia.

Laporan sebuah radio Catalunya memberitahu bahawa mengetepikan rancangan untuk membawa masuk bekas pemainnya itu yang kini bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Keutamaan kelab kini adalah untuk mendapatkan Lautaro Martinez dan menyambung kontrak Lionel Messi.

Sebelum ini, Barcelona dilaporkan bersedia mengikat pemain Brazil dan bintang Inter Milan itu.

Bagaimana pun, ia agak mustahil dilakukan berikutan krisis ekonomi sekarang ini. - Onefootball

Barcelona, PSG, Neymar

Artikel Lain