PEMAIN Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe direkodkan sebagai pemain paling laju melakukan larian ketika bermain bola sepak. Berdasarkan laporan Le Figaro (Daily Mail) bintang PSG itu merakam rekod 22.37 batu (36km) per jam sekaligus menewaskan beberapa nama pemain lain termasuk Pierre-Emerick Aubameyang, Leroy Sane dan bekas pemain muda PSG, Kingsley Coman. Lebih menarik, yang yang direkoskan sebelum ini tidak didominasikan oleh pemain-pemain muda, sebaliknya yang berusia 30 tahun. Kelajuan Mbappe ini dibandingkan dengan jaguh pecut dunia Usain Bolt yang mencatat pecutan maksimum dengan 27.79 mph ketika aksi 100 meter Sukan Olimpik 2009. -Onefootball Senarai 10 pemain paling laju: 1. Kylian Mbappé (PSG) – 22.37 MPH 2. Inaki Williams (Athletic Bilbao) – 22.18 MPH 3. Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal FC) – 22.06 MPH 4. Karim Bellarabi (Bayer Leverkusen) – 21.92 MPH 5. Kyle Walker (Manchester City) – 21.88 MPH 6. Leroy Sané (Manchester City) – 21.77 MPH 7. Mohamed Salah (Liverpool FC) – 21.75 MPH 8. Kingsley Coman – (FC Bayern Munich) – 21.75 MPH 9. Alvaro Odriozola – (FC Bayern Munich) – 21.74 MPH 10. Nacho Fernandez (Real Madrid) – 21.51 MPH