suria

Legenda Leeds United meninggal dunia pada usia 76 tahun kerana Covid-19

Leeds menyifatkan pemergian Hunter memberikan kesan mendalam kepada seluruh warga kelab. Foto: Getty Images

LEGENDA bola sepak England yang juga bintang Leeds United, Norman Hunter meninggal dunia kerana jangkitan wabak koronavirus atau Covid-19.

Hunter menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 76 tahun di hospital.

Beliau dimasukkan ke hospital pada 10 April selepas disahkan positif untuk wabak tersebut.

Leeds menyifatkan pemergian Hunter memberikan kesan mendalam kepada seluruh warga kelab.

"Legasinya tidak akan dilupakan dan ingatan tulus kami bersama keluarga dan rakan-rakannya pada detik yang sukar ini," demikian kata kelab tersebut dalam satu kenyataan.

Hunter yang dikenali dengan gelaran 'Bites yer Legs' menyertai Leeds ketika berusia 15 tahun dan membuat 726 penampilan ketika bersama kelab itu - iaitu jumlah individu keempat tertinggi dalam sejarah mereka. - BBC.Com

Norman Hunter, Leeds United, Covid-19

Artikel Lain