suria

Gagal hubungi majikan, Nasri bakal dibuang Anderlecht

Nasri tidak menghubungi majikannya selepas terbang ke Dubai.

BEKAS pemain Arsenal dan Manchester City Samir Nasri bakal dipecat Anderlecht selepas gagal menghubungi kelabnya itu sepanjang tempoh ‘lockdown’ penularan wabak Covid-19.

Pemain tengah itu terbang ke Dubai dalam tempoh cuti  liga ini dan majikannya gagal menghubungi Nasri.

Kelab liga Belgium itu telah meminta pemain-pemainnya memaklumkan segala pergerakan dan mengikuti jadual latihan yang disediakan, namun Nasri gagal berbuat demikian.

Semua pemain lain mengikuti permintaan kelab kecuali bekas pemain Liga Perdana Inggeris itu.

Nasri sebelum ini digantung 18 bulan berikutan pergi ke Los Angeles untuk membuat rawatan ketika bermain secara pinjaman dengan Sevilla.

Nasri telah merakam dua gol dalam lapan penampilan bersama Anderlecht dan turut timbul masalah kecergasan. –Dailymail.co.uk

Samir Nasri, Anderlecht, Hilang

Artikel Lain