PENGURUS Tottenham Hotspur Jose Mourinho dilabel sebagai hero selepas menyelamatkan rakan sepasukannya daripada kereta yang terbakar. Insiden itu berlaku pada tahun 1986 ketika Mourinho beraksi untuk kelab Portugal, Comercio e Industria. Rakan pasukannya, De hadir untuk menjalani latihan semasa keretanya terbakar ketika diletakkan di tempat letak kereta di dalam stadium. Namun Mourinho yang menyaksikan kejadian itu bertindak pantas dengan menarik De keluar dari keretanya sebelum meletup. "Dia menyelamatkan nyawa saya," kata De. Kata-kata penghargaan itu diungkapkan dalam sebuah buku terbaharu 'Mourinho: Behind the Special One, from the origin to glory' oleh seorang wartawan Perancis, Nicolas Vilas. Presiden Comercio e Industria ketika itu, Fernando Lage turut memuji tindakan Mourinho. "Dia seorang hero," katanya. Buku terbaharu itu turut mendedahkan bagaimana Mourinho bersetuju menyertai Liverpool sebelum akhirnya memilih untuk menerima tawaran Chelsea pada 2004. - Dailystar