suria

Karius buat aduan kepada Fifa gara-gara tak terima gaji

Karius bengang gara-gara tidak dibayar gaji.
1 / 1

PENJAGA gol Loris Karius membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) selepas tidak dibayar gaji ketika bersama Besiktas.

Pemain Liverpool itu beraksi bersama kelab Turki secara pinjaman dan kini mahu kembali ke Anfield kerana tidak dibayar gaji.

Ahli lembaga kelab, Erdal Torunogullari mengesahkan penjaga gol itu mahu meninggalkan kelab dan menanggap pembayaran gaji kepada pemain itu adalah tidak layak.

“Karius telah membuat aduan kepada Fifa berkaitan tidak dibayar gaji dan menamatkan kontraknya. Dia mahu kami membayar kepadanya untuk bulan yang dia tidak bermain.

“Dia mahu tinggalkan kelab dan itu keputusannya. Kami tidak akan membuat bayaran yang tidak sepatutnya,” jelas satu kenyataan kelab.

Karius tidak beraksi dalam skuad Jurgen Klopp sejak final Liga Juara-Juara 2018 selepas melakukan dua kesilapan yang menyaksikan The Reds tewas 3-1 kepada Real Madrid.

Kontraknya di Anfield sehingga 2022, namun Alisson, Andrian dan Caoimhin Kelleher dilihat lebih baik berbanding pemain berusia 26 tahun itu.

Liverpool merancang untuk ketepikannya. –Dailymail.co.uk

Karius Loris, Besiktas, Liverpool

Artikel Lain