suria

Berang dengan Klopp, Mane bakal tinggalkan The Reds pada musim panas ini

Mane tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusnya.
1 / 1

SADIO Mane dilaporkan berang selepas Jurgen Klopp secara terang-terangan menyatakan Virgil van Dijk lebih layak untuk memenangi anugerah Ballon d'Or pada tahun lalu.

Mane yang kecewa kerana tidak tersenarai sebagai tiga pemain terbaik dalam anugerah yang menjadi idaman setiap pemain itu menyaksikan Lionel Messi dipilih sebagai pemenang.

Meskipun mempunyai rekod yang cemerlang pada musim lalu sebagai penjaring terbanyak EPL selain muncul Liga Juara-Juara Eropah, Mane gagal muncul pemain Afrika kedua yang memenangi Ballon d'Or.

Situasi menjadi semakin tegang apabila Jurgen Klopp memilih Van Dijk berbanding Mane untuk memenangi anugerah tersebut.

"Saya tak boleh bayangkan pemain lain yang beraksi lebih baik daripada pemain pertahanan (Van Dijk) pada musim lalu.

"Van Dijk adalah calon yang paling sesuai untuk menang," ujar Klopp.

Ini menghangatkan lagi spekulasi bahawa Mane bakal meninggalkan Liverpool untuk menyertai Real Madrid pada musim hadapan.

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Real Madrid sedia menyambar khidmat pemain antarabangsa Senegal tersebut dengan nilai £130 juta (RM704 juta)

Paris Saint-Germain dikatakan turut berminat untuk menandatangani pemain tersebut bagi menggantikan Neymar yang bakal berhijrah pada musim panas ini. - Metro

Sadio Mane, Liverpool, Klopp

Artikel Lain