suria

Pemain muda Everton langgar arahan kuarantin, ajak beberapa model berparti di rumah

Keane berdepan dengan hukuman denda daripada kelabnya gara-gara langgar perintah lockdown.
1 / 1

PEMAIN muda Everton, Moise Keane berdepan dengan denda 100,000 paun dan menimbulkan kemarahan pengurusnya Carlo Ancelotti gara-gara menganjurkan parti di flatnya ketika tempoh ‘lockdown’ ini.

Penyerang Itali berusia 21 tahun itu memuat naik rakaman parti di apartmentnya di Cheshire dengan dihadiri beberapa wanita yang dipercayai model di dalam laman sosial Snapchat.

Malah tingkah laku Kane itu menimbulkan kemarahan kelab Everton yang sememangnya proaktif dengan membantu komuniti menangani situasi sukar sepanjang tempoh lockdown itu.

Pegawai atasan Goodison ternyata kecewa dengan pemain berusia 20 tahun itu yang menunjukkan kurangnya disiplin dan kesedaran diri dan mereka menegaskan tindakan itu tidak boleh diterima.

“Kelab sangat kecewa dengan apa yang dilakukan pemain itu dan jelas sekali ianya satu tindakan yang tidak boleh diterima.

“Everton sering menegaskan bahawa sangat penting untuk mengikut arahan kerajaan termasuk peraturan di dalam dan di luar rumah.

“Kami sangat kecewa dengan apa yang berlaku ini dan petugas-petugas di NHS berhak mendapat penghormatan dengan pengorbanan yang dilakukan.

“Jalan terbaik menunjukkan rasa hormat dengan melakukan sesuatu yang boleh melindungi mereka.

Bagaimana pun ejen pemain itu Mino Raiola tidak memberi sebarang komen dan menurut sumber terdekat bahawa pemain itu telah membuat permohonan maaf kepada kelab. -Dailymail.co.uk

Moise Kean, Parti, Itali, Everton

Artikel Lain