suria

Mertens terima panggilan telefon daripada Lampard hampir setiap hari

Mertens menjadi tarikan pengurus Chelsea.

FRANK Lampard dilaporkan menghubungi Dries Mertens hampir setiap hari untuk memujuknya menyertai Chelsea.

Penyerang Napoli itu dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge pada Januari lalu namun memilih untuk kekal di Itali sehingga kontraknya tamat pada musim panas ini.

Menurut seorang pakar bola sepak Itali, Vincenzo Morabito, Chelsea sedang meningkatkan usaha untuk menandatangani pemain Belgium itu.

"Mertens pada awalnya ingin kekal di Napoli tetapi berubah fikiran selepas peguamnya memberitahu terdapat beberapa kelab gergasi Eropah berminat mendapatkan khidmatnya.

"Saya tahu perkara ini selepas isu perpindahan Olivier Giroud pada Januari lalu dengan Chelsea menyasarkan Mertens.

"Meskipun kontrak Giroud dilanjutkan, Chelsea masih lagi menunjukkan minat mereka terhadap Mertens. Setiap hari Lampard menelefonnya dan saya yakin perpindahan ini akan berlaku," menurut laporan Football Italia.

Wabak Covid-19 yang mempengaruhi kewangan kelab bola sepak di seluruh dunia menyebabkan Mertens mempunyai pilihan kelab yang terhad.

Sehingga kini, Mertens telah menjaringkan 12 gol dan membuat 29 bantuan gol dalam kesemua pertandingan musim ini.

Baru-baru ini, Mertens muncul penjaring terbanyak Napoli dengan 121 gol, mengatasi Marek Hamsik.

Lampard sebelum ini berjaya menandatangani Hakim Ziyech daripada Ajax dan akan menyertai Chelsea secara rasmi pada 1 Julai ini. - Dailymail

Artikel Lain