PEMAIN bola sepak berkemungkinan dilayangkan kad kuning daripada pengadil kerana meludah di atas padang berikutan penularan Covid-19, menurut ahli jawatankuasa FIFA. Sebaik sahaja aksi bersambung semula, meludah di atas padang bakal dikenakan tindakan disiplin kerana air liur yang berada di padang berkemunkinan mengandungi wabak koronavirus. Dengan kembali semula aksi Liga Perdana Inggeris tidak lama lagi, Michel D'Hooghe memberi amaran kepada pemain untuk mengawal tingkah laku mereka ketika di atas padang. Perbuatan ini dianggap normal di dalam bola sepak, ujar D'Hooge kepada The Telegraph. "Kad kuning perlu dilayangkan kerana aksi ini boleh mendatangkan risiko kepada orang lain. "Ini antara sebab mengapa kita perlu mempertimbang semula keputusan untuk membenarkan bola sepak bersambung semula," ujarnya. Menurut virologist di University of Cambridge, Dr Ian Brierley, seseorang yang mempunyai simptom boleh mengeluarkan virus tersebut hanya melalui air liur yang diludah. "Pemain mungkin boleh meraikan jaringan gol dengan cara yang baharu bagi mengekalkan jarak sosial. "Bersalaman sebelum perlawanan bermula dan menukar jersi selepas tamat perlawanan juga perlu dielakkan selepas ini," jelasnya. - Dailymail