suria

Fabregas serah RM705,349 gaji mingguan selama 4 bulan bantu Monaco berdepan Covid-19

Fabregas setuju memberi seluruh gajinya kepada kelab Monaco selama empat bulan.

CESC Fabregas menawarkan tidak mengambil gajinya 130,000 paun (RM705,349) seminggu selama emapat bulan bagi membantu Monaco dalam berdepan dengan krisis Covid-19.

Bekas pemain tengah Arsenal dan Chelsea itu sebelum ini telah bersetuju untuk memotong 30 peratus gajinya selama empat bulan, namun kini dia telah mengambil langkah lebih besar.

Sikap baik hati dan pengorbanan pemain kelahiran sepanyol itu akan membantu Monaco dalam penjimatan sebanyak 2 juta paun (RM11 juta).

Fabregas turut berdepan saat sukar apabila moyangnya berusia 95 tahun turut dijangkiti coronavirus apabila mempunyai kontak rapat di rumah penjagaan.

Bapa kepada tiga orang anak itu dipercayai mengambil langkah tersebut bagi membantu kelab membayar gaji staf-staf yang pendapatan mereka turut dipotong.

Keputusan tersebut dibuat selepas beberapa kelab terkemuka Eropah berbincang dengan pemain-pemain untuk pemotongan gaji sepanjang pandemik ini. - Thesun

Cesc Fabregas, Monaco, Sumbang, Gaji

Artikel Lain