BEKAS pembantu jurulatih England, Gary Neville memberi amaran kepada semua bahawa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), bakal berlangsung tanpa penyokong sehingga enam bulan. Kalendar bola sepak terjejas selama beberapa bulan ekoran penularan pandemik Covid-19. Sejak itu, EPL memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan musim ini. Kini, EPL berharap dapat memulakan kempen pada 8 Jun depan. Ia bagi membolehkan masa yang sesuai untuk pasukan kembali berlatih dan mendapatkan stamina perlawanan, dengan musim perlu diselesaikan sebelum akhir Julai. - Mail Online