suria

Afobe kongsi pengalaman sedih lihat mesin pernafasan anak perempuan dihentikan

Afobe bersama anak perempuan pertamanya, Amora.

PEMAIN pinjaman Bristol City, Benik Afobe berkongsi pengalaman menyedihkan apabila berdepan dengan kehilangan anak perempuannya, Amora Afobe.

Amora meninggal dunia pada usia dua tahun selepas dilahirkan dengan masalah buah pinggang dan terpaksa bertarung nyawa apabila mengalami jangkitan kekal kerosakan otak.

Afobe memberitahu, saat ‘menyakitkan’ apabila terpaksa memberi kebenaran kepada pasukan doktor di Royal Stoke University untuk menghentikan mesin sokongan alatan pernafasan.

Dan ketika itu dia memberi ciuman terakhir buat anak kesayangannya itu.

“Ianya sangat teruk. Dia adalah anak perempuan kami, anak pertama.



Afobe dan isterinya Lois berkongsi kisahnya bagi mengurangkan bebanan sedih yang dilalui mereka sekeluarga selepas kehilangan Amora.

“Semua ahli keluarga kami ada di sana apabila palah dicabut. Kami semua memberi kata-kata terakhir dan berdia. Saya menciumnya. Ia sesuatu yang tidak akan lupa sampai bila-bila.

“Berbicara mengenainya selalu membuatkan saya sedih, tetapi dia dikelilingi orang-orang yang menyayanginya serta terbaik, ” jelasnya Afobe.

Afobe tampil berkongsi kisah ini bagi menghilangkan rasa bebanan sedih yang ditanggung bersama isterinya, Lois, kebih-lebih lagi mereka juga mempunyai seorang lagi bayi perempuan, Alba.

“Semua orang sedih, tetapi saya dan Lois perlu bersikap lebih positif.

“Kami memang sedih sehingga samapia satu tahap kami tidak melihat seorang lagi anak kamu kerana tidak mahu dia dikelilingi dengan kesedihan ini.

“Sangat penting untuk kami semua bersama dan mengisi dengan perasaan positif kepadanya.”

Pemain Stoke City yang dipinjaman ke Bristol itu mengakui mendapat banyak sokongan dan ucapan daripada penyokong-penyokong bola sepak.

Malah dia juga terharu dengan sokongan rakan-rakannya termasuk pemain Leicester City, James Maddison yang memakai baju khas untuknya. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain