BEKAS kekasih bintang Paris Saint Germain (PSG) Neymar, Soraja Vucelic menafikan dakwaan dia ditahan di Montenegro pada Ahad. Model dari Croatia itu dilaporkan berkunjung ke wilayah itu sebelum lokasi dia bercuti diserbu polis. Namun model berusia 33 tahun itu menafikan insiden itu tetapi mengaku hanya terserempak dengan polis di dalam sebuah kereta. “Bertindak atas maklumat orang awam, kami melakukan serbuan di sebuah rumah di Borje dan menemui dua wanita. “Kedua-duanya dibebaskan tetapi akan dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar arahan perintah berkurung, ” kata jurucakap polis. Menurut Vucelic dia tidak ditahan tetapi hanya berbual dengan polis bersama rakannya. “Kami berada di dalam sebuah kereta dan dia (kawan) terlupa membawa lesen memandu dan surat pelepasan keluar rumah, ” katanya. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!