HANYA tempoh setahun bersama Manchester United, namun Angel Di Maria merakam pelbagai kenangan sebelum dijual ke Paris Saint- Germain (PSG) pada tahun 2015. Pada tahun 2014, Di Maria dibawa masuk ke Old Trafford dari Real Madrid, namun prestasinya bersama Unitd tidak memuaskan hati pengurusan kelab sehingga dijual setahun kemudian. Di sebalik kisahnya bersama United, isteri kepada pemain berusia 32 tahun ini mendedahkan bahawa tiada yang indah sepanjang berada di England. Jorgelina Cardoso berkongsi pengalaman tersebut dalam satu program televisyen ‘Los Angeles de la Manana’. Di Maria bersama isterinya. “Saya merayu kepada Angel, mana-mana tempat sahaja tetapi (bukan) England. Dan setahun kemudian kami berada di Manchester, ” jelasnya. “Saya tidak suka semua. Orang-orang di sana kurus dan ‘pelik’. Anda sedang berjalan dan tidak pasti jika mereka akan bunuh anda atau tidak.” Kediaman Di Maria menjadi sasaran percubaan perompak pada tahun 2015 dan sejak itu mereka tinggal di Lowry Hotel. Rumah mereka dijual apabila Cardoso takut untuk tinggal di situ. Di Maria lebih sukses sepanjang bersama PSG. “Makanan sangat teruk. Kaum wanita pula banyak memakai mekap, seperti mereka anak patung, ” tambahnya. Di Maria berpindah ke PSG selepas setahun berada di situ. Dia hanya menyumbang empat gol dalam 32 perlawanan sepanjang bersama Manchester United. Sebagai perbandingan, dia kini merekodkan 80 gol dalam 217 aksi di bersama kelab juara Perancis itu. Biarpun mereka gembira tinggal di Paris, Cardoso berharap dia dapat kembali ke kampung halamannya di Argentina. –Dailymail Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!