suria

Liverpool sangat berbeza sebelum kehadiran Van Dijk - Kompany

Van Dijk memberi impak besar sejak kehadirannya di Anfield.

BEKAS kaptem Manchester City Vincent Kompany yakin Virgil van Dijk adalah pemain pertahanan terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Pemain antarabangsa Belanda itu membantu The Reds menjuarai Liga Juara-Juara, Piala Super Uefa, Piala Dunia Kelab Fifa 2019, dan turut memastikan pasukannya kekal di tangga teratas liga sebelum aksi ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Van Dijk merekodkan 80 penampilan bersama Southampton sebelum menyertai Jurgen Klopp pada Januari 2018, keseluruhannya 113 perlawanan.

Kompany percaya pemain berusia 28 tahun itu sudah melangkaui rekod dua pemain pertahanan legenda sebelum ini John Terry dan Rio Ferdinand.

"Saya akan pilih Virgil van Dijk.

"Agak pelik kerana dia masih belum ada lagi ketika dua nama ini selalu disebut; John Terry, Rio Ferdinand. Dua orang ini sudah lama berlalu.

"Namun beberapa tanda yang dia tunjuk sejak beberapa tahun lalu sangat jelas apabila dia akan berada di kemuncak sebelum dia pergi lebih jauh.

"Apa yang saya tengok, dia telah memberi kesan kepada pasukan dan pemain pertahanan itu bukan hanya untuk dirinya tetapi telah menjadikan pasukan sempurna.

"Liverpool sebelum dan selepas Van Dijk adalah sangat berbeza," jelasnya. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain