LIVERPOOL bakal menafikan laporan perpindahan Sadio Mane ke Real Madrid dengan menawarkan kontrak baharu jepada pemain antarabangsa Senegal itu. The Reds berharap dengan tawaran kontrak baharu ini bakal memadamkan hasrat Real Madrid untuk mendapatkan khidmat Mane. Penyerang itu antara salah seorang ayam tambatan skuad Jurgen Klopp dalam aksi kejuaraan Eropah dan dia akan memastikan pemain ini akan kekal di England. Kontrak semasa Mane dijangka berakhir pada 2023 pada usianya 31 tahun yang ditandatangani pada 2018 sebelum mereka merangkul trofi Liga Juara-Juara. Malah Mane juga antara finalis keempat Ballon d'Or ketika itu. Susulan itu juga, itu Mane terus mempamerkan aksi cemerlang bersama rakan sepasukannya Mohammed Salah dengan menyumbat 14 gol musim 2019-20 dengan menyaksikan Liverpool menguasai kedudukan teratas liga. Sehingga kini Mane merakam 77 gol dengan 34 pembantu dalam 161 perlawanan untuk Liverpool dalam tempoh lapan tahun sekaligus memecah rekodnya sendiri ketika di RB Salzburg. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!