suria

Pemain Hotspur berdepan detik cemas diacu pisau, ditumbuk dua perompak

Alli bersama teman wanitanya, Ruby Mar.

PEMAIN tengah Tottenham dan England berdepan dengan saat getir apabila sekumpulan perompak yang menceroboh kediamannya.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi Rabu itu menyebabkan Alli mengalami kecederaan apabila mukanya ditumbuk dan diacukan pisau oleh dua orang perompak.

Alli yang berada di rumah bersama abang dan pasangannya serta beberapa orang kawan menjalani kuarantin ketika kejadian berlaku.

Bagaimana pun tiada kecederaan serius dilaporkan. Kedua-dua perompak itu mengambil beberapa utas jam tangan berharga serta barang kemas sebelum melarikan diri.

Kediaman pemain berusia 24 tahun itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan telah diserahkan kepada pihak polis.

Alli turut memuatnaik insiden di Instagramnya memberitahu semuanya selamat.

Pemain itu dijangka akan kembali menjalani latihan bersama kelabnya minggu dengan sebelum aksi berlangsung pada 12 Jun. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dele Alli, Spurs, Rompak

Artikel Lain