PENJAGA gol Adrian memberitahu pasukannya tidak berasa gentar untuk kembali beraksi bagi mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini. Pemain berusia 33 tahun yang menyertai The Reds dengan perpindahan percuma Ogos lalu dari West Ham berkata, semua pemain sedar tentang risiko, namun bersedia untuk kembali 'bekerja'. Liverpool hanya memerlukan enam mata daripada baki sembilan perlawanan bagi menjulang trofi liga selepas 30 tahun buat kali ke-19. "Kami tidak takut untuk kembali beraksi, walaupun tahu akan risikonya," jelasnya kepada The Sun. Pemain-pemain berlatih di Welwood sebelum penjarakkan sosial diperkenalkan. Liverpool menjadikan Melwood sebagai lokasi untuk senaman dan latihan, namun keadaan itu agak sukar buat pemain. Sehingga kini kemudahan kelab masih belum dibuka sepenuhnya hanya untuk penggunaan padang sahaja. Sebahagian pemain-pemain menggunakan peluang ini untuk berlatih. Liverpool kini mendahului kelebihan 25 mata di tangga teratas liga sebelum kempen ditangguhkan akibat pandemik Covid-19. Pusat latihan Welwood menjadi lokasi sementara latihan skuad Jurgen Klopp. Dalam pada itu Raheem Sterling dan Tyrone Ming meluahkan rasa bimbang dengan perancangan untuk kembali beraksi dengan baki 92 perlawanan keseluruhan dijangka bermula bulan depan. Perbincangan yang dibuat bersama semua kapten pasukan, pengurusan tertinggi kelab dan Liga Perdana menyaksikan belum ada kata putus sepenuhnya dan diumumkan latihan tidak boleh dilangsungkan sebelum 25 Mei. - Dailymail.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!