SEORANG lelaki dari Jepun yang berusia 28 tahun menjadi atlet sumo pertama di dunia maut akibat Covid-19. Shobushi atau nama sebenarnya Kiyotaka Suetake disahkan positif pada bulan lepas dan meninggal dunia pada Rabu lalu di Hospital Tokyo, Jepun. Menurut laporan media tempatan, jangkitan wabak itu menyebabkan berlakunya kegagalan fungsi beberapa organ Shobushi. Dia tampil secara profesional dalam lapangan sukan itu pada 2017 dan berada di kedudukan ke-11 dalam bahagian sandanme, bahagian keempat tertinggi dalam sukan itu. Selain Shobushi, lima atlet sumo lain di Takadagawa turut diuji positif virus itu. Susulan itu, kejohanan Tokyo's Ryogoku Kokugikan yang sepatutnya berlangsung pada 24 Mei sehingga 7 Jun juga dibatalkan. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!