suria

Rose lantang kritik langkah kerajaan UK beri lampu hijau kepada aktiviti sukan ketika pandemik Covid-19

Danny Rose lantang mengkritik langkah kerajaan membenarkan aktiviti sukan ketika kes Covid-19 masih menular. Foto: Getty Images

PEMAIN pertahanan England dan Tottenham, Danny Rose mengkritik rancangan Liga Perdana Inggeris untuk memulakan musim ini ketika penularan pandemik Covid-19.

Pegawai setiap kelab sudah mengadakan pertemuan pada Isnin untuk meneruskan perbincangan mengenai "Project Restart", dengan ura-ura menyatakan perlawanan disasarkan untuk disambung semula pada 12 Jun.

Sehingga 11 Mei, seramai 32,065 angka korban akibat wabak Covid-19 dicatatkan di United Kingdom (UK).

"Bola sepak tidak seharusnya dibicarakan sehingga jumlah kes menurun secara besar-besaran," kata Rose.

"Kehidupan orang ramai adalah dalam risiko," tambah pemain berusia 29 tahun ini.

Rose menyatakan pendapatnya secara lantang di media sosial, sambil mengatakan bahawa dia tidak peduli dengan semangat negara.

Kerajaan UK telah memutuskan untuk membenarkan semua saingan sukan profesional untuk disambung semula bermula 1 Jun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kerajaan UK, pihaknya membenarkan aktiviti sukan dan budaya diadakan tanpa penonton untuk tujuan penyiaran sementara mengelakkan risiko kontak sosial secara besar-besaran. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain