PEMAIN tengah Atalanta Andrea Rinaldi meninggal dunia pada usia 19 tahun berikutan mengalami 'brain aneurysm' (pembengkakan dinding saluran darah arteri yang menyalur darah ke otak). Rinaldi yang dipinjamkan ke kelab Serie D Legnano jatuh sakit Jumaat lalu dan dihantar ke hospital. Tiga hari kemudian, Rinaldi meninggal dunia. "Di atas padang anda adalah yang terakhir menyerah kalah, kali ini anda berjuang untuk tidak pergi terlalu awal. Namun senyuman anda sentiasa akan diingati," jelas kenyataan kelab. Legnano mengesahkan punca kematian adalah disebabkan aneurysm dan kematian pemain itu turut dirasai seluruh kelab. Rinaldi meninggak dunia pada usia 19 tahun. Rinaldi dianggap 'golden boy' di Legnano. "Andrea Rinaldi telah meninggalkan kita. Aneurysm telah merampas kehidupannya. Tragedi yang mengejutkan malah agak mustahil dibayangkan." Bakat Rinaldi bermula dengan akademi Atalanta berpengkalan di Bergamo pada usia 13 tahun. Pada 2016, dia antara pemain yang berada dalam skuad Bawah 17 Tahun menjuarai Piala Super. Pemain berbakat ini merakamkan 23 penampilan untuk kelab divisyen empat musim ini, turut menjaringkan gol sekali. Dailymail.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!