suria

Aktiviti sukan di England bermula 1 Jun, EPL masih menunggu undian 'Project Restart'

Aksi EPL bakal dijangka berlangsung pada Jun depan sekiranya Project Restart mendapat sokongan pemain-pemain.

KERAJAAN England membenarkan beberapa aktiviti sukan kembali berlangsung dengan syarat yang ketat berikutan penularan Covid-19.

Sebarang aktiviti sukan boleh bermula seawal 1 Jun termasuk acara perlu dilaksanakan secara 'tutup pintu' bagi pihak penyiar, serta mengelakkan daripada berkumpul dengan jumlah yang besar.

Peraturan yang baharu diumumkan itu menyaksikan aksi bola sepak, Liga Perdana Inggeris (EPL) turut mendapat lampu hijau untuk kembali pada tarikh yang ditangguhkan 12 Jun jika 20 kelab bersetuju dalam undian yang akan diadakan minggu depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebahagian pemain bintang enggan tanda tangan perjanjian 'Project Restart'

Sekiranya 'Project Restart' diterima oleh 14 pasukan, perlawanan dijangka berlangsung di venue neutral sekitar negara.

"Kerajaan juga akan memantau dengan lebih dekat kesan daripada ini seiring dengan di negara lain yang berlaku sekarang."

Dalam pada itu EPL masih menunggu peraturan lanjut yang berkaitan daripada Department of Culture, Media and Sport bagi pencerahan berkaitan latihan elit.-Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

EPL, England, Covid-19

Artikel Lain