JARI Litmanen berkongsi kisahnya selepas menderita dengan Covid-19. Litmanen memberitahu, beliau tidak pernah berada dalam keadaan buruk seperti itu. Bekas pemain tengah Liverpool, Ajax dan Barcelona yang bersara pada 2011, sebelum ini didiagnosis menghidap Covid-19. Beliau mengambil masa empat minggu untuk pulih sepenuhnya, serta tambahan dua minggu untuk rehat dan pemulihan. Litmanen, 49, yang memegang rekod terbanyak untuk Finland dengan 137 penampilan dalam karier selama 21 tahun, berbicara secara mendalam mengenai gejala-gejalanya. "Terdapat demam, sakit kepala, sakit otot, sesak nafas dan segala kemungkinan," kata Litmanen, seperti yang dilaporkan oleh Unibet. "Ia mengambil masa empat minggu untuk pulih dari coronavirus dan sejak itu sudah beberapa minggu untuk pemulihan. "Jatuh sakit memang memenatkan dan kadang-kadang rasa terbeban. Secara fizikal, saya mungkin tidak pernah mengalami keadaan seburuk itu," katanya. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!