PEMAIN-pemain diberi penjelasan lebih mendalam berkaitan dengan 'Project Restart' Liga Perdana Inggeris. Kapten semua pasukan akan berbincang dengan pengurusan tertinggi liga, PFA dan pegawai kerajaan menerusi sidang video pada Rabu. Menurut laporan The Telegraph, antara perkara utama yang akan dibincangkan berkaitan dengan keadaan ketika mengasak yang menyaksikan 'budaya berubah' yang perlu diikuti dalam bola sepak jika permainan kembali sebelum akhir tahun ini. Pemain perlu mengalihkan muka mereka ke arah lain selepas diasak. Liga juga akan cuba mengurangkan kebimbangan terhadap faktor kesihatan dalam dua perbincangan sebelum ini. Sementara itu turut dilaporkan bahawa semua pemain perlu memakai topeng muka ketika beraksi, manakala pegawai perubatan kelab hendaklah memakai pakaian lengkap PPE (Personal Protective Equipment) ketika memberi rawatan kepada pemain. Sekiraanya semua pemain kelab bersetuju dengan peraturan Project Restart ini, peminat-peminat EPL akan kembali menyaksikan baki aksi musim ini. Namun, dalam masa sama, semua pemain juga tidak dipaksa untuk kembali terlalu cepat dan sebelum itu mereka akan diberi surat pengesahan bahawa memahami protokol kelab dalam memikul risiko kesihatan ini. -Dailymail.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!