suria

Elak badan berbau asap rokok, pemain-pemain Juventus hanya bertemu Sarri sebelum mandi

Sarri terkenal sebagai perokok tegar.

PEMAIN pertahanan Juventus Giorgio Chiellini mengakui bahawa pengurusnya amat obses dengan rokok sehingga perlu mandi selepas bercakap dengannya.

Pengurus kelahiran Itali Maurizio Sarri,61, difahamkan menghisap rokok sehingga 60 batang sehari, malah turut dilihat berbuat demikianketika berada di padang.

Chiellini mendedahkan semua pemain Juventus akan pastikan berjumpa dengan Sarri sebaik sahaja tamat perlawanan bagi mengelak mereka bertemu selepas mandi.

"Dia mempunyai keperibadian yang sangat tertutup, tidak banyak yang diketahui, dan Juventus berjaya mengurangkan beberapa sisi 'tajamnya'.

"Hanya satu perkara yang tidak boleh diubah berkaitan dengan rokok.

"Anda hanya boleh pergi ke pejabatnya sebelum mandi, masih memakai kit pemain kerana selebihnya akan berbau asap rokok," jelas Chiellini dalam autobiografinya.



Chiellini mengakui Sarri mementingkan kesempurnaan daripada pemain-pemainnya.

Perjalanan karier Sarri amat berprofil tinggi di Itali, bermula dengan jurulatih amatur di U.S.D Stia dan U.S Fallese pada tahun 1990 dan dalam sama bekerja sebagai pekerja sambilan di bank.

Selepas melalui fasa cemerlang di divisyen Itali, Sarri mula dikenali seluruh dunia apabila mengambil alih skuad Napoli 2015.

Dia kemudian berhijrah ke Chelsea 2018, yang menyaksikan The Blues menjuarai Liga Europa.

Jun tahun lalu, dia berpindah ke Old Lady, bersama Turin dalam Serie A dan kini berada di kedudukan kesembilan liga.

Tambah Chiellini, sikap teliti Sarri membuatkan dia bergelar pengurus yang berjaya dalam piramid bola sepak Itali.

"Dia selalu mencari kesempurnaan, seperti 100 peratus pemilikan bola di separuh tempat lawan. -Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain