suria

“Rasa seperti budak kecil” - Savic teruja mahu jalani latihan bersama rakan sepasukan

Pemain pertahanan Atletico Madrid, Stefan Savic. Foto: Reuters

PEMAIN pertahanan Atletico Madrid, Stefan Savic menyatakan kegembiraannya ketika kembali berlatih untuk pertama kalinya setelah terkurung di rumah selama lebih dua bulan gara-gara penularan Covid-19.

Aksi terakhir Atletico adalah ketika kemenangan 3-2 mereka ke atas Liverpool untuk mara ke suku akhir Liga Juara-juara, Mac lalu.

Sepanyol melaksanakan perintah berkurung yang ketat demi mencegah virus daripada terus menular, malah atlet elit hanya dibenarkan keluar dari rumah untuk pergi ke pasar raya atau farmasi.

Ia juga merupakan perlawanan bola sepak profesional terakhir yang dimainkan di England.

Sekatan Sepanyol kembali dilonggarkan minggu lalu dan Atletico, seperti kelab lain di bahagian teratas Sepanyol, kembali ke latihan secara individu sebagai sebahagian daripada rancangan empat langkah liga untuk kembali aktif.

"Saya merasa seperti seorang budak kecil akan bermain dengan rakan-rakannya di padang," kata Savic.

"Saya merasa sangat gembira berada di lapangan lagi, ia sama sekali berbeza dengan latihan di rumah," katanya.

Savic dan rakan sepasukannya dihadkan untuk menjalani latihan secara individu buat masa ini tetapi dijangka akan memulakan latihan dalam kumpulan kecil mulai minggu depan, bergantung jika keputusan ujian adalah negatif terhadap virus tersebut.

Penganjur La Liga berharap musim ini dapat dimulakan semula pada 12 Jun. - CNA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Stefan Savic, La Liga, Covid-19

Artikel Lain